Bayi lahir pukul 11.11 pagi pada 1.1.2011

BURTON - Seorang ibu, Kacey Gretton, (gambar diatas) melahirkan bayi perempuan pada pukul 11.11 pagi pada 1.1.2011 di hospital Queen's di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kacey berkata, dia dan ibunya menganggap tarikh kelahirkan anaknya yang seberat 3.76 kilogram itu merupakan satu detik yang indah.

Menurutnya, anak yang diberi nama Rose itu menangis kuat semasa dia dilahirkan.

Suami Kacey, Neil Gretton, 31, yang bekerja sebagai seorang pereka grafik menyatakan bahawa Rose merupakan anak pertama mereka.

Kacey, 24, terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan anak itu selepas dia dimasukkan ke hospital tersebut selama tiga hari.

"Saya berharap, Rose akan menjadi seorang bayi yang bertuah," kata Neil. - Agensi


Nota Dahi: Ada blogger kat sini yang dapat baby tahun baru tak? Perkenalkan diri sket...hehe...

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Senarai frekuensi radio seluruh Malaysia: radio online

Betul ke Maher Zain mungkir janji?

Juara dunia melancap (onani) selama hampir 10 jam!