Postingan

Menampilkan postingan dari November, 2014

Nak minta bantuan rumah, kena buat hubungan seks dahulu

Gambar
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai tadbir yang menjawat jawatan penolong pengurus di sebuah jabatan kerajaan kerana didakwa meminta habuan seks daripada pemohon rumah bantuan berstatus ibu tunggal. Menurut sumber, pegawai kerajaan berusia 50-an itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Putra di sini pada pukul 2 petang Khamis selepas didakwa meminta habuan seks daripada seorang ibu tunggal berusia 20-an. Difahamkan, suspek memilih mangsa menerusi gambar pada borang atau surat pemohonan yang dihantar pemohon sebelum menghubungi mereka. "Dia kemudian mendakwa mempunyai kuasa untuk memberi kelulusan dalam permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). "Bagaimanapun untuk mendapat rumah tersebut, pemohon berstatus janda perlu memberi habuan seks kepadanya. Suspek dikesan mendapatkan suapan seks di hotel pada waktu tengah hari," dedah sumber itu. Tambahnya, terdapat ibu tunggal yang tidak berjaya dalam permohonan itu walau...

Kejadian feri terbakar di Jeti Pangkor

Gambar
PANGKOR: Sebuah feri penumpang yang berlabuh di Jeti Pangkor di sini musnah selepas bahagian hadapannya terbakar pada Jumaat. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Yahaya Madis berkata seorang anak kapal, yang berada di atas feri telah membuat laporan mengenai kejadian itu pada pukul 2.46 petang. "Anggota kami berjaya mengawal api daripada merebak dari jambatan dan dek penumpang hadapan ke seluruh kapal tersebut. "Kami menganggarkan kira-kira 60 peratus daripada kapal telah rosak," katanya, sambil menambah tidak ada sesiapa berada di atas kapal ketika kejadian. - mStar Online

Bayi masih bertali pusat ditinggalkan atas bonet kereta

Gambar
GEORGE TOWN: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas bonet sebuah kereta di Kampung Bukit, Bayan Lepas di sini. Seorang pekerja kilang yang baharu sahaja pulang ke rumahnya selepas bekerja syif malam menemui seorang bayi di atas bonet keretanya apabila terdengar tangisannya kira-kira pukul 4.30 pagi Sabtu. Bayi itu dipercayai baru sahaja dilahirkan. Lelaki itu kemudiannya bergegas membuat laporan polis di balai polis Bayan Lepas dan menyerahkan bayi tersebut. Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata bayi tersebut telah dihantar ke sebuah hospital di Balik Pulau dan keadaannya dilaporkan stabil. Polis kini sedang menjejaki ibu bayi tersebut. - mStar Online

Roberto Mancini kembali jadi jurulatih Inter Milan

Gambar
MILAN: Roberto Mancini kembali semula ke Inter Milan beberapa jam selepas pemecatan Walter Mazzarri berikutan keputusan hambar kelab itu. Mancini sebelum ini pernah mengemudi Inter selama empat tahun. Sepanjang bersama kelab itu, beliau membantu Inter memenangi Piala Itali dua kali dan meraih kejuaraan liga tiga musim berturut-turut. "Kita mensasarkan untuk kembali sebagai salah sebuah kelab teratas di Eropah. Oleh itu, saya amat gembira untuk mengalu-alukan kedatangan semula Roberto Mancini. "Rekod kejayaannya di Inter dan bersama beberapa kelab lain di samping pengalamannya di peringkat antarabangsa akan membantu kelab maju ke hadapan," kata Presiden Inter Milan, Erick Thohir dalam satu kenyataan. Mancini akan diperkenalkan kepada media pada Sabtu sebelum turun melatih pasukannya. "Ia satu cabaran yang cukup teruja, saya gembira untuk berada di sini semula. Jumpa anda esok," tulis Mancini di laman Twitternya. Mancini akan diuji pada pertemuan Inter dengan mus...

Jalan rosak di Cameron Highland sebabkan kerugian RM8 juta

Gambar
KUCHING: Banjir kilat di Ringlet, Cameron Highlands pada 5 November lalu merosakkan jalan persekutuan mengakibatkan kerugian RM8 juta, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.Beliau berkata, sehubungan itu, Kementerian Kerja Raya akan mencari dana untuk memperbaiki kerosakan akibat kejadian itu. "Untuk makluman jalan yang rosak itu juga sudah dibersihkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak projek Lebuhraya Pan Borneo, di Batu 10 Jalan Kuching-Serian, Sabtu. Kejadian banjir dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands itu mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet. Sementara itu, Fadillah berkata, biarpun kejadian banjir itu di bawah tanggungjawab Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta beberapa kementerian lain, namun kementeriannya akan turut menghulurkan bantuan dari segi teknikal. "Kement...

Format kejohanan kapal layar Piala Monsun 2014 diubah

Gambar
Format kejohanan kapal layar antarabangsa Piala Monsun akan diubah mulai tahun ini dengan peringkat pertama dikenali sebagai Piala Monsun Terengganu di Pulau Duyong, Terengganu dari 19 hingga 22 Nov ini. Perlumbaan tersebut melibatkan pelayar utama dari Asia Pasifik memburu tempat ke kejohanan utama dikenali sebagai Piala Monsun Malaysia di Johor dari 10 hingga 14 Februari 2015. Pemegang hak kejohanan, Innovatige Sdn. Bhd., dalam kenyataan hari ini, berkata Piala Monsun Malaysia akan menampilkan 12 pasukan termasuk juara Piala Monsun Terengganu dan pasukan baharu, 1Malaysia Match Racing. Piala Monsun Malaysia merupakan sebahagian daripada siri Jelajah Dunia Match Racing Alpari (AWMRT). Pengerusi Innovatige, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim berkata pembentukan pasukan 1Malaysia Match Racing itu akan memberi pelayar tempatan peluang untuk bersaing dan mempelajari daripada pelayar bertaraf dunia khusus daripada rant au Asia Pasifik. Malaysia sebagai satu-satunya destinasi jelajah dunia AW...

UKM Di Tempat Ke-19 Senarai Universiti 'Top 50 Under 50'

Gambar
PETALING JAYA: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan satu-satunya institusi di Malaysia yang tersenarai dalam ranking 'Top 50 Under 50' (50 teratas di bawah usia 50 tahun) QS. Ia melonjak ke tempat ke-19 tahun ini daripada kedudukan 23 pada tahun lepas. Ketua Unit Penyelidikan Kecerdasan QS, Ben Sowter berkata ranking universiti 'Top 50 Under 50' QS telah ditubuhkan sejak 50 tahun yang lalu. "Sifat dinamik dalam kedudukan ini menjadikannya suatu perbandingan yang menarik dengan kedudukan global dan serantau. "Memandangkan ranking ditentukan oleh umur, sesetengah institusi akan turun dari senarai sebaik sahaja mereka mencapai ulang tahun ke-50. "Kami telah mempertimbangkan semua 800 universiti yang disenaraikan dalam QS World University Rankings 2013/14 untuk 'Top 50 Under 50'," katanya dalam satu temu bual melalui e -mel. Sowter berkata kedudukan UKM meningkat kerana University of Warwick dan University of Lancaster, kedua-duanya di ...

5 produk ciptaan UniSZA sertai pameran reka cipta di Geneva

Gambar
KUALA TERENGGANU: Lima produk ciptaan penyelidik Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) akan menyertai Pameran Reka Cipta Antarabangsa di Geneva pada 2 hingga 6 April depan. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Unisza, Profesor Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, kelima-lima produk itu telah memenangi pingat emas di Pameran Ciptaan, Teknologi dan Inovasi Antarabangsa di Kuala Lumpur pada Mei lepas. "Kelima-lima produk ini mempunyai kekuatan dan keunikannya yang tersendiri untuk manfaat masyarakat dan industri merangkumi bidang pendidikan, agama, kesihatan dan persekitaran. "Harapan kita memenangi mana-mana kategori dalam pameran itu dan berharap ia akan mencetus lebih banyak hasil kajian dan penyelidikan oleh warga Unisza," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Minggu Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi 2014 di sini. Antara lima produk itu ialah permainan interaktif pendidikan untuk kanak-kanak pesakit sawan, alat pencegahan mengesan banjir, ...

USM cipta kit pengesan punca karat 18 kali lebih pantas

Gambar
GEORGE TOWN: Kit pengesan bakteria punca karat yang dihasilkan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) dijangka dapat menjimatkan kos penyelenggaraan industri minyak dan perkapalan yang pada masa ini mencecah berbilion ringgit. Ketua penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan dan Elektronik USM, Dr Zaini Abdul Halim berkata, ini kerana kit itu berupaya mengesan bakteria tersebut 18 kali ganda lebih pantas berbanding teknik konvensional. "Pengaratan besi dipengaruhi mikrob dikenali sebagai bakteria penurun sulfat. Pertumbuhannya perlahan, justeru kaedah pantas untuk mengesan kehadirannya lebih awal adalah perlu bagi mengelakkannya daripada terus membiak dan menyebabkan kerosakan lebih besar," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat. Beliau berkata, kaedah konvensional bertumpu kepada aktiviti pertumbuhan bakteria menerusi pengambilan sampel dari kawasan yang dipercayai tercemar dan kaedah itu mengambil masa sehingga 18 jam sebelum beroleh keputusan. Mene...

UniRazak Tawar Ijazah Sarjana Berganda Melalui IBSA

Gambar
KUALA LUMPUR: Penuntut ijazah sarjana Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), salah sebuah daripada universiti swasta terkemuka di Malaysia yang menawarkan pelbagai ijazah MBA pengkhususan tinggi selain dalam Kewangan Islam Global, kini berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada program International Business School Alliance (IBSA). IBSA, yang diasaskan pada 2003, merupakan sebuah rangkaian yang berkembang dinamik menawarkan ijazah sarjana berganda dan merupakan satu perkongsian antara tujuh buah universiti dari seluruh dunia menawarkan pengkhususan tersendiri. “Perintisnya ialah Amerika Syarikat dan Jerman dan kami pula menyertai konsortium ini dua tahun yang lepas,” kata Sekutu Akademik dan Pengarah Program MBA Global UniRazak Prof Dr Barjoyai Bardai kepada Bernama. Anggota-anggota lain konsortium ini termasuk Bremen University of Applied Sciences, Jerman (pengkhususan: Logistik Antarabangsa dan Pengurusan Rantaian Bekalan), University of North Carolina, Wilmington, Amerika Syarikat...

USIM Raih Pingat Pameran Inovasi British 2014 di London

Gambar
NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memenangi dua pingat emas dan satu pingat perak dalam pertandingan inovasi antarabangsa di Pameran Inovasi British (BIS) 2014, di London baru-baru ini. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Datuk Dr Mustafa Mohd Hanefah berkata, USIM menang 'Gold Medal for Best Invention of The Year' dan 'Special Double Gold Award Invention of The Year' bagi produk ciptaan membran jenis baharu iaitu 'Novel Active Membrane for Dyes Wastewater' (ANF Membran) yang dicipta oleh kumpulan IMTL. "Pingat perak pula dimenangi bagi produk 'Crushy Snack Bar' yang dicipta oleh kumpulan Authen6," katanya dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini bagi mengumumkan kemenangan itu. Mustafa berkata pihak universiti juga merancang untuk mengkomersialkan produk ciptaan pelajarnya, contohnya produk 'Crushy Snack Bar' yang telahpun ada pihak yang berminat mengkomersialkannya. "'Crushy Snack Bar...

180 peserta Boat On The Road (BOTR) 2014 ke Tasik Kenyir

Gambar
Berkonsepkan ekspedisi memancing sambil bersantai, Boat On The Road (BOTR) 2014 kini kembali lagi ke Tasik Kenyir. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafie berkata program kali ini menghimpunkan peserta dari dalam dan luar negara. “Boat On The Road 2014  yang bermula hari ini hingga 16 November menghimpunkan seramai 180 orang peserta membabitkan dari pelbagai negara. “Program kali ini sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya apabila konvoi singgah ke Pulau Warisan sebelum berlepas ke Tasik Kenyir,” katanya. Beliau ditemui ketika majlis perlepasan peserta BOTR 2014 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini. Turut hadir, Pengurus Kanan Pelancongan Negeri Terengganu, Ishamuddin Hashim dan Penasihat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan Media Prima Berhad,  Datuk Ahmad A.Talib Berkenaan sasaran pelancong ke Terengganu, Mohd Jidin berkata negeri mampu mencapai sasaran. “Dengan pelbagai program yang ada ...

Hospital UniSZA Kuala Terengganu bakal siap pada 2015

Gambar
Pembinaan Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) membuka lembaran baru terhadap sektor pendidikan sains kesihatan di Terengganu yang akan menjadi teras kegemilangan ke arah usaha melahirkan lebih ramai pakar perubatan dalam negara. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pada masa sama menjadi penanda aras penting untuk perancangan penjagaan kesihatan negara yang sangat dititikberatkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Katanya, pembinaan hospital UniSZA ini memberi dua manfaat iaitu penjagaan kesihatan rakyat dan kemudahan untuk mempertingkatkan lagi keupayaan penyelidikan perubatan pelajar di universiti ini. “Terengganu sangat fokus dalam bidang pendidikan khususnya melahirkan pakar perubatan dalam pelbagai jurusan kerana ia adalah keperluan kritikal tenaga mahir di negara ini. “Selaras dengan itu, adalah menjadi hasrat kerajaan Terengganu untuk melihat suasana di hospital yang sangat kondusif dan patuh syariah di mana doktor wanita merawat pesakit wanita dan dok...

Jadual lengkap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014

Gambar
Buat adik-adik yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 pada tahun ini, diharap anda semua dapat menjawab dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang. InsyaAllah. Dapatkan jadual lengkap peperiksaan SPM 2014 dibawah untuk panduan anda semua. Semoga berjaya! Jadual Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014

Harimau terlepas dari Disneyland Paris

Gambar
PARIS: Kelibat seekor harimau yang merayau-rayau di sekitar daerah Seine-et-Marne menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan penduduk kawasan itu. Haiwan itu dipercayai terlepas dari Disneyland Paris yang terletak tidak jauh dari situ. Kehadiran sang belang itu dikesan di tempat letak kereta di sebuah pasar raya, sebelum merakam pergerakan haiwan itu dan melaporkannya kepada pihak berkuasa. Susulan itu, polis dan pasukan bomba Perancis terpaksa dikerah untuk menjejaki haiwan itu, termasuk menggunakan helikopter. Penduduk bandar Montevrain kemudiannya memaklumkan pada laman Facebook mereka bahawa harimau itu dikesan berada di situ. "Haiwan itu ada di dalam belukar di belakang gelanggang tenis dan padang bola yang terletak hanya sembilan kilometer dari taman tema itu," katanya. Pihak berkuasa bandar dalam satu kenyataan berkata, polis dan pasukan penyelamat sudah berada di lokasi dan membuat kepungan menutup kawasan tersebut dan menasihatkan orang ramai tidak menghampiri ka...

Disney Tampil Selamatkan Krisis Ekonomi Paris Disneyland

Gambar
PARIS: Euro Disney, pengendali Paris Disneyland yang merupakan salah satu tarikan utama di Eropah, pada Isnin mengumumkan ia menerima pakej pembiayaan semula berjumlah satu bilion euro (RM4.1 bilion) bagi menangani krisis selepas berhadapan dengan penurunan mendadak dalam bilangan pengunjung. Pelan kewangan itu didedahkan dalam satu mesyuarat krisis pada awal Isnin sebelum pasaran saham dibuka, turut melibatkan suntikan wang berjumlah 420 juta euro (RM1.7 bilion) oleh syarikat induk Disyney di Amerika Syarikat (AS) dan penukaran hutang 600 juta euro (RM2.5 bilion) kepada Disney sebagai ekuiti. Presiden Euro Disney, Tom Wolber menyatakan bahawa punca krisis disebabkan oleh persekitaran ekonomi yang sukar di Eropah. "Paris Disneyland merupakan destinasi pelancongan nombor satu di Eropah, tetapi cabaran ekonomi yang sedang berlaku di Eropah dan beban hutang kita telah mengakibatkan penyusutan dalam perolehan dan kecairan kewangan dalam operasi," katanya dalam satu kenyataan. Wol...

Sejarah Baru Tercipta Manusia Mendaratkan Modul Dipermukaan Komet

Gambar
DARMSTADT (Jerman): Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) mencatatkan satu sejarah baru kemanusiaan apabila berjaya mendaratkan robot angkasa yang dinamakan Philae di atas permukaan Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko yang dipercayai berusia 4.5 bilion tahun pada lewat Rabu. Ia adalah kejayaan yang pertama seumpamanya. Belum pernah sebuah modul buatan manusia mendarat di atas mana-mana permukaan komet. Komet adalah objek yang berterbangan di ruang angkasa yang mengembara mengelilingi matahari dan merupakan serpihan daripada saki baki pembentukan planet di dalam Sistem Suria kita. Sistem Suria kita mempunyai 8 planet. Philae dilancarkan dari sebuah kapal angkasa kecil tanpa manusia bernama  Rosetta yang telah mengembara sejauh 6.4 bilion kilometer di ruang angkasa selama 10 tahun mengejar Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko dalam misi bersejarah ini. Rosetta dilancarkan pada Mac 2004. Kos melancarkan misi ini bernilai £1 bilion (RM5.24 bilion). Selepas 10 tahun di ruang angkasa Rosetta berjaya ...

13 wanita maut selepas doktor guna alatan bedah kotor

Gambar
NEW DELHI: Seorang doktor yang melakukan lebih 50,000 pembedahan pemandulan ditahan kerana didakwa menyebabkan kematian akibat cuai. Doktor yang pernah menerima anugerah kira-kira 10 tahun lalu itu didakwa menyebabkan kematian pesakitnya kerana menggunakan peralatan kotor dan berkarat. Pembedahan berkenaan dilakukan dalam bilik kotor di hospital swasta yang tidak digunakan di perkampungan Pandari, wilayah Chhattisgarh. Baru-baru ini, Dr R K Gupta dikatakan melakukan pembedahan pemandulan 83 wanita dalam tempoh kurang tiga jam sehingga mengakibatkan beberapa kematian. Sekurang-kurangnya 14 wanita maut setakat ini, manakala puluhan lain masih mendapat rawatan, termasuk dalam keadaan  kritikal. Bagaimanapun, doktor itu menafikan dia cuai dan kerajaan yang patut bertanggungjawab atas kejadian itu kerana peralatan dan ubat dibekalkan kerajaan untuk prosedur berkenaan adalah punca tragedi itu. Malahan, dia juga membidas kerajaan supaya mengawal jumlah pesakit yang datang ke ‘kem’ peranca...

Kondom bukan pencegah kehamilan yang berkesan

Gambar
Saya baharu berumah tangga dan kami merancang untuk tidak mempunyai anak bagi tempoh dua tahun akan datang. Bukan kerana tidak suka, tetapi kami ingin menikmati kehidupan sebagai suami isteri sepuas-puasnya. Apakah kaedah terbaik untuk mencegah kehamilan dengan tidak mengambil pil pencegah kehamilan dan memakai kondom? Puan R, Kedah Jawapan Fakta menunjukkan amalan merancang keluarga kini menjadi perkara biasa bagi kalangan pasangan lelaki dan wanita yang berkahwin khususnya di bandar. Buat pengetahuan anda, tiada kaedah merancang keluarga yang boleh dikatakan ‘ideal’, dan tiada kaedah merancang yang 100 peratus berkesan. Namun, beberapa kaedah boleh dicadangkan kerana memberi kesan tinggi menghalang kehamilan, dengan syarat kaedah ini diamalkan dengan baik seperti kaedah mengambil pil hormon dan suntikan hormon. Sama juga dengan kaedah kondom. Jika tidak digunakan dengan baik, ia boleh terlucut. Ada juga kemungkinan bocor atau koyak, sekali gus mendedahkan pasangan wanita kepada keham...

Luis Suarez mohon maaf isu gigit bahu Chiellini

Gambar
PENYERANG Uruguay, Luis Suarez akhirnya memohon maaf kerana menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini minggu lalu. Gara-gara kelakuan tersebut, Suarez digantung sembilan perlawanan dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan dan dia berjanji insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi. "Sebenarnya kawan saya Giorgio Chiellini menderita secara fizikal selepas saya menggigitnya," jelas Suarez di laman Twitternya "Saya sesungguhnya sangat menyesal. Saya minta maaf kepada Giorgio Chiellini dan seluruh keluarga bola sepak.  "Saya berjanji kepada semua orang yang perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi". Sejurus selepas itu, Chiellini membalas tweet Suarez: "Semuanya sudah dilupakan. Saya harap FIFA akan mengurangkan denda kamu."  Insiden ini merupakan yang ketiga oleh Suarez selepas menggigit pemain PSV Otman Bakkal (2010) dan pemain pertahanan Chelsea Branislav Ivanovic 2013. Hukuman ini dijangka akan berakhi...

Masalah senggugut yang teruk boleh jejaskan kesuburan

Gambar
Soalan: Saya mengalami masalah senggugut yang teruk. Saya ada terdengar mereka yang mengalami masalah ini akan sukar hamil kelak. Saya rungsing jika perkara ini benar. Mohon doktor perjelaskan? - Ramlah, Kuala Lumpur. Jawapan: Kesakitan semasa haid atau senggugut ialah satu gejala biasa dialami seseorang wanita. Kesakitan ini disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium (dinding rahim). Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim (serviks). Kebiasaannya, pangkal rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit. Senggugut sering menyerang seorang wanita pada hari pertama dan kedua haid. Masalah akibat senggugut bukan sekadar kesakitan teruk ketika haid, tetapi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan masalah endometriosis. Terdapat dua jenis senggugut, iaitu ...

Kunyit penyembuh semulajadi pelbagai penyakit

Gambar
Kunyit atau dikenali sebagai curcumin merupakan sejenis rempah yang digunakan dalam masakan. Menariknya, bahan masakan ini juga dikenali sebagai salah satu penyembuh semula jadi paling mujarab. Kegunaan kunyit telah bermula selama 2,500 tahun dahulu. Rempah tersebut dengan perlahan telah memperlihatkan sifat perubatan sejak berabad lamanya. Sejak kebelakangan ini, kunyit mulai mendapat tumpuan ramai kerana keupayaannya dalam pencegahan banyak penyakit. Penyelidikan menunjukkan curcuminoid (komponen aktif dalam kunyit ) boleh digunakan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit seperti kanser kolorektum, Alzheimer, arthritis dan gangguan kulit. Kajian menunjukkan curcuminoid mempunyai sifat anti oksida, anti radang dan menurunkan takat kolestrol. Ia merupakan sejenis perencat COX-2 semula jadi bagi melegakan kesakitan dan juga adalah agen anti kanser. Para saintis juga mencatatkan curcuminoid menyokong metabolisme gula darah yang sihat dan memberikan harapan untuk melawan diabetis. Dalam 68...

Sukar terangsang dalam hubungan seks suatu penyakit

Gambar
LELAKI tidak gemar bercakap tentang masalah ini, begitu juga dengan pasangan mereka. Namun, kurangnya rangsangan seks atau libido dalam kalangan lelaki bukanlah perkara luar biasa cuma jarang-jarang diperkatakan. Kira-kira seorang daripada lima lelaki mengalami masalah kurang libido dan sanggup mencari alasan daripada melakukan hubungan seks dengan pasangan mereka. Kenapa, jarang mendengar? Lelaki tidak mahu berbicara tentang kekurangan nafsu mereka kerana ego, merasakan mereka sepatutnya tidak mempunyai masalah sedemikian. Bagi kalangan wanita pula terlalu takut untuk meluahkan apa yang berlaku kerana topik yang dirasakan terlalu sensitif untuk pasangan mereka dan tanggapan orang lain yang mereka kurang menarik untuk meningkat nafsu. Lagipun ia kelihatan seperti bukan masalah yang besar. Hakikatnya masalah kurang atau tiada libido memberi tekanan kepada keluarga, kesan kepada psikologi dan emosi malah ia juga mungkin petanda anda mempunyai kanser! Menurut Pakar Urologi, Pusat Perubata...

Makan kaki ayam dapat mencegah risiko tulang rapuh

Gambar
Kaki ayam merupakan bahagian paling tak popular di kalangan kita. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya. Banyak alasan yang diberi, antaranya, tak ada isi,  jijik, konon nya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda, dan berbagai alasan lagi. Tetapi tahu kah kita disebalik tidak popularnya kaki ayam itu ia mengandungi khasiat yang tidak ketahui ramai. Jadi, mulai sekarang jangan lagi dibuang kaki ayam. Jadikan ia satu dari sumber makanan yang menyumbang ke arah kesihatan  yang baik. **New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari. Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur. Pengambilan minuma...

Lelaki saman hospital £90,000 sebabkan kemaluan pendek tiga sentimeter

Gambar
SEORANG lelaki mendakwa pembedahan ke atas kemaluannya menyebabkan ukuran alat kelaminnya itu menjadi pendek sekurang-kurangnya tiga sentimeter. Berikutan itu, lelaki itu sedang mempertimbangkan untuk menyaman pihak hospital sebanyak £90,000 kerana cuai apabila tersalah diagnos penyakitnya hingga menyebabkan beliau menanggung kesakitan. Beliau dikatakan mengalami kecederaan pada kemaluannya ketika mengadakan hubungan seks dengan isterinya pada Julai 2011 dan dikejarkan ke hospital. Ketika insiden itu, seorang jururawat dikatakan menjalankan pemeriksaan dengan hanya melihat kemaluannya tanpa menyentuhnya. Seterusnya, menerusi panggilan telefon, pakar urologi memberitahu petugas di hospital berkenaan bahawa beliau mengalami sedikit trauma dan kemudian membenarkannya pulang. Bagaimanapun, lelaki itu yang juga penghidap paraplegik iaitu bermasalah rangsangan deria mendakwa insiden itu menyebabkan beliau gagal untuk mengadakan hubungan seks. Lebih memburukkan keadaan, hanya selepas tiga bul...

Kebaikan susu ibu (susu badan) kepada bayi

Gambar
Soalan:Bayi saya berumur enam bulan dan menyusu badan. Saya ingin mengetahui cara untuk menyusukan bayi dengan susu formula kerana sudah banyak jenama susu formula yang telah saya cuba tetapi bayi saya tidak mahu menyusuinya. Mohon doktor membantu saya. Ros, Pulau Pinang. Jawapan Pada kebiasaan, saya menggalakkan penyusuan susu ibu lebih daripada susu formula. Ini adalah kerana susu ibu mempunyai kebaikan yang tidak terdapat dalam susu formula yang pada umumnya ialah susu lembu yang dijadikan susu tepung. Susu ibu mengandungi antibodi yang dapat disalurkan terus kepada bayi. Antibodi tersebut amat berguna untuk menguatkan pertahanan badan bayi daripada mengalami sebarang jangkitan terutamanya yang melibatkan penyakit seperti selesema dan penyakit alahan seperti asma, ekzema (penyakit kulit), cirit-birit dan sebagainya. Di samping itu, susu ibu memberi kelebihan dari segi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya dan sebaliknya secara tidak langsung.Ibu yang bekerja dinasihatkan memerah s...