Postingan

Menampilkan postingan dari Januari, 2011

148,500 tempat untuk lepasan SPM di IPTA tahun ini

Gambar
KUALA TERENGGANU: Program peringkat diploma yang sebelum ini dilihat sebagai pilihan kedua atau ketiga akan diperkasakan supaya menjadi pilihan utama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementerian merancang mengarusperdanakan program pengajian diploma di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara bagi melahirkan modal insan berkualiti. Berikutan itu, katanya, tempoh pengajian program diploma akan dipendekkan tidak melebihi dua setengah tahun berbanding tiga tahun ketika ini, selain menggalakkan pelajar mengikuti diploma di Politeknik yang menawarkan yuran pengajian jauh lebih rendah iaitu anggaran RM400 setahun, berbanding hampir RM1,000 setahun di universiti awam. Kementerian mahu pelajar lepasan SPM tidak hanya bertumpu kepada program matrikulasi dan asasi sains, tetapi juga menjadikan program diploma sebagai pilihan utama mereka. Kementerian akan berusaha memartabatkan diploma menerusi pengik...

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah online

Gambar
Sape yang dah tengok cite ni? Best ke tak bagi korang? Aku tak tengok lagi tu yang aku tanya. Maklumlah aku ni jenis suka download je. Malas nak habiskan duit tengok wayang. Hakhakhak. Arini aku nak share sket pasal cite ni. Orang kata best sangat-sangat sampai nak terkentut pun ada. Setakat ni aku tak jumpa lagi download link bagi movie ni. Sebelum tu korang boleh layan filem Ngangkung dan 4 Madu dulu. 2 fielm ni korang boleh layan online je. Sebelum tu korang baca dulu sinopsis cite ni: Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) mengisahkan tentang Husin yang telah lama bekerja di Singapura dan mengambil keputusan balik ke kampung halamannya iaitu Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah suda...

Jom main game snooker online

Gambar
Ok sebelum ni aku ada share dengan korang beberapa game yang boleh dikatakan menarik dalam blog ni. Kalau korang nak main boleh buka link ni . Hari ni aku nak share game snooker plak. Best gak men snooker time bosan-bosan ni. Kalau loading game agak lambat korang sabar la sket yerk. Nota Dahi: Sekarang ni aku dah addict dengan game Zynga Poker kat facebook tu. Tak tau la nak kate tapi memang lagha la aku men game tu. Hakhakhak...Nantikan game lain plak pasni yerk.

Game yang menguji tahap kekuatan mental

Gambar
Ok malam ni aku nak kongsi dengan korang satu game yang sangat senang dan sangat best. Sekurang-kurangnya dapat gak lepaskan tension korang daripada blogwalking tak habis-habis kan? Hahaha...Kalau nak main tekan je button play kat bawah ni yerk. AMARAN KERAS!!! Pastikan anda mempunyai keimanan yang kuat, kekuatan mental yang cukup tinggi dan semangat juang yang tak pernah pudar sebelum mula bermain game ni. Sebarang risiko korang tanggung sendiri ok! Senang tapi mencabar beb...layan... Amacam? Best tak layan game ni? Kalau best bleh la kongsi-kongsi kat member korang tu yerk. Ok jom neutralkan balik jiwa raga korang tu dengan layan video kat bawah ni. Ni ada satu lagi game yang korang mesti layan! Senang je nak main game ni. Try la dulu ok.

Formula 1 litar Sepang bermula 8 April

Gambar
KUALA LUMPUR: Perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Malaysia Petronas 2011 pada 8 hingga 11 April depan dijangka menjadi tarikan utama peminat tempatan berikutan kehadiran tiga pasukan F1 yang membawa Jalur Gemilang. Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata, tiga pasukan yang mempunyai kepentingan negara dengan masing-masing menjadikan pusingan Sepang sebagai gelanggang Grand Prix sendiri iaitu pasukan Mercedes GP Petronas, Lotus Renault dan Team Lotus. "Selain penajaan pasukan Mercedes GP, Petronas sekali lagi menjadi penaja utama untuk acara itu. Pasukan Lotus Renault mendapat sokongan kumpulan Proton dan Lotus manakala pasukan Lotus mempunyai sokongan Datuk Seri Tony Fernandes dan kumpulannya, Tune Group." katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Musim F1 2011 kali ini menyaksikan sejarah apabila tujuh daripada 20 pusingan kejohanan musim ini diadakan di Asia termasuk perlumbaan pembukaan di Bahrain dari 11 hingga 13 Mac ini. Ba...

5 Blog Paling Menarik Untuk Dilawati Siri 2

Gambar
Alhamdulillah selepas 2 hari yang lepas aku publish entry khas yang pertama, hari ni baru berpeluang nak publish entry kedua. Walaupun tak berapa nak dapat sambutan tapi aku tetap syukur kerana masih ada yang nak join. ok entry kedua ni bakal menampilkan blogger-blogger yang memang hebat. Daripada feedback yang aku dapat untuk entry khas yang pertama , segmen ni terbukti boleh menjana traffic ke blog korang. Berikut adalah 5 entry terpilih yang mesti korang terjah. Mungkin entry tersebut dapat memberi maklumat tambahan kepada anda dan jugak beri idea untuk korang buat entry baru di blog sendiri. Sory 2 hari ni aku tak blogwalking sebab dalam proses nak mengurat SEO sket. Hakhakhak... --------------------------------------------------------------------------------------- 1. Mengira Waktu Subur Wanita Salam .. entry ini bertujuan untuk memberi pengetahuan buat kawan2 blogger yang baru berkahwin dan merancang untuk berkahwin untuk mengira sendiri waktu subur wanita.. Nak tahu kisah selanj...

6 pemain Terengganu dapat durian runtuh

Gambar
ENAM pemain bola sepak anak jati Terengganu yang membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki menerima anugerah daripada Kerajaan Negeri semalam. Anugerah yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said itu berbentuk satu lot tanah dan wang tunai RM5,000 seorang. Pemain itu ialah Mohd Sarbini Alawee Ramli, Mohd Ashaari Shamsuddin, Mohd Muslim Ahmad, Izzat Faris Ramlan, Mohd Faizal Mohamad dan Norshahrul Idlan Talaha. Ahmad berkata, kerajaan negeri sentiasa memberikan komitmen kepada atlet dan berharap lebih ramai lagi anak jati Terengganu berjaya pada masa depan. Ahmad turut menasihati pemain yang akan mewakili Terengganu dalam pertandingan Liga Malaysia supaya lebih berdisiplin dan tidak bersikap mudah berpuas hati dengan pencapaian mereka untuk memastikan negeri itu mampu muncul sebagai satu kuasa baru dalam sukan bola sepak. “Saya minta pihak pengurusan tidak berkompromi dengan pemain yang tidak berdisiplin ini dan bertindak tegas terhadap mereka, tanpa mengira status,” katanya ...

Wanita dirogol, dirompak, dipukul 3 penculik

Gambar
KUALA LUMPUR: Seorang wanita kini trauma dan terlantar di hospital akibat dipukul, dirompak, malah turut dirogol dan diliwat selepas diculik sekumpulan tiga lelaki dari perkarangan rumah sewanya di sebuah kondominium di Pandan Indah, di sini, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun dan bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat baru pulang dari rumah keluarganya di Ulu Yam, Selangor. Sumber polis berkata, sejurus mangsa keluar daripada Perodua Myvi dipandunya, tiba-tiba muncul tiga lelaki yang terus memukul dan menendangnya. “Mangsa ditarik masuk semula ke dalam keretanya dan ketika itu mereka masih memukul mangsa tanpa belas kasihan dalam usaha melemahkannya. “Mereka membawa mangsa ke sekitar ibu kota dan memaksanya menyerahkan barang berharga termasuk kad pengeluaran wang automatik (ATM) serta nombor pengenalan peribadi (PIN) daripadanya,” katanya. Menurutnya, mangsa yang ketakutan mengikut arahan tiga lelaki terbabit sebelum dia diba...

Gadis dakwa dicabul ustaz ketika rawatan

Gambar
NIBONG TEBAL: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dicabul kehormatan oleh seorang ustaz ketika sedang mendapatkan rawatan kononnya untuk mengeluarkan penyakit buatan orang di rumah lelaki itu di Sungai Bakap di sini, Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dibawa oleh ibunya ke rumah suspek yang berusia 43 tahun untuk mendapatkan rawatan setelah dia sering berasa tidak tenteram dan kerap bertengkar dengan ahli keluarga. Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata apabila tiba di rumah suspek, mangsa diminta menukar pakaian dengan hanya bertuala sebelum diminta masuk ke bilik air. Ibu mangsa pula diminta menunggu di luar dan membaca al-Quran. “Ketika bersama suspek di dalam bilik, remaja itu mendakwa dia dicabul oleh ustaz itu sambil membaca jampi,” katanya di sini, semalam. Beliau berkata, selepas pulang daripada berubat, mangsa menceritakan perkara itu kepada ibunya. Berikutan itu, mangsa dibawa ke Balai Polis ...

Lionel Messi dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia 2010

Gambar
ZURICH: Ikon bola sepak Argentina, Lionel Messi sekali lagi menjadi pilihan apabila dinobatkan selaku Pemain Terbaik Dunia 2010, kelmarin buat kali kedua berturut-turut manakala Jose Mourinho pula pulang membawa anugerah jurulatih terbaik buat memaksa barisan pemenang Piala Dunia, Sepanyol menggigit jari. Messi berjaya mengatasi dua calon pilihan sebelum ini yang juga rakan sepasukan Barcelona - Andres Iniesta dan Xavi - untuk memenangi anugerah FIFA Ballon D'or yang baru diper­kenalkan. "Saya mahu berkongsi gemilang ini bersama rakan sepasukan kerana tanpa mereka saya tidak akan berada di sini....dan juga semua rakyat Argentina," kata Messi yang menang mudah dengan undian 22.65 peratus berbanding Iniesta 17.36 dan Xavi (16.48). Mourinho kini bersama Real Madrid memenangi anugerah Jurulatih Terbaik selepas membim­bing Inter Milan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah, Serie A dan Piala Itali. "Trofi paling penting bagi saya adalah kemenangan bersama sebagai satu pa-sukan...

Michael Jackson mati akibat pembunuhan tidak sengaja

Gambar
LOS ANGELES: Kematian Michael Jackson akibat pembunuhan berikutan ketidaklayakan dan ketidakcekapan rawatan perubatan yang diberikan kepadanya, kata seorang pakar forensik pada perbicaraan ke atas doktor peribadi penyanyi terkenal yang menghadapi tuduhan membunuh tanpa niat. Ketua Forensik Ubatan-Ubatan di Pejabat Koroner Daerah Los Angeles, Christopher Rogers, berkata raja pop terkenal itu sebelum kematiannya pada Jun 2009 mempunyai tahap kesihatan yang baik. Doktor peribadu Jackson, Conrad Murray dituduh kerana memberi dadah jenis propofol yang kuat bagi membantu penyanyi itu untuk tidur selepas keletihan kerana terbabit dalam beberapa konsert di London. Rogers berkata, Jackson mati kerana diberi propofol yang berlebihan yang biasanya digunakan di hospital untuk persiapan membius pesakit dan tidak sepatutnya diberi kepada penyanyi itu untuk tidur. Dalam perbiacaraan awal di Mahkamah Tinggi Los Angeles, Rogers berkata beliau memutuskan kematian Jackson akibat pembunuhan walaupun sebel...

BECKHAM dan Victoria bakal timang cahaya mata keempat

Gambar
LONDON: Pemain bola sepak terkenal Britain, David Beckham bakal menimang cahaya mata keempat tahun ini dan isterinya, Victoria berharap anak dalam kandungannya perempuan kerana sudah mempunyai tiga anak lelaki. Satu sumber mendedahkan suasana ceria ketika Victoria pulang ke rumah keluarganya bagi memberitahu perkara itu. “Victoria tersenyum lebar ketika pulang menemui ibu bapanya. Mereka berpelukan dan menitiskan air mata. Dia meminta adik perempuannya, Louise, memberinya pakaian bayi,” kata sumber itu kepada akhbar The Sun. Pasangan selebriti terkenal itu berkahwin pada 1999 dan sudah mempunyai tiga cahaya mata, Brooklyn 11, Romeo, 8, dan Cruz, 5. Beckham menyiarkan berita gembira itu di laman Facebook dan menceritakan perasaan gembira tiga anak lelakinya menerima kedatangan orang baru. “Saya ada berita gembira untuk semua. Saya dan Victoria bakal menimang cahaya mata keempat musim panas ini. Tiga anak lelaki saya sangat gembira dengan kedatangan adik lelaki atau perempuan mereka,” tu...

Justin Bieber bakal adakan konsert di KL

Gambar
TENTUNYA peminat penyanyi remaja Justin Bieber kini tentunya tak sabar-sabar hendak melihat aksi artis kesukaan mereka apabila anak muda yang baru saja berusia 16 tahun itu akan mengadakan konsert sulungnya di negara ini pada 21 April nanti, di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Kalau tak silap konsert penyanyi dari Ontario, Kanada itu dibawakan ke negara ini oleh TuneTalk dan Fat Boy Records. Tiketnya pun sudah mula dijual, dengan harga RM98, RM188, RM288, RM358 dan RM498. Bieber yang dikesan bakatnya menerusi laman YouTube memanglah nama cukup popular sekarang ini. Sebut saja namanya, tentu remaja di seluruh dunia mengenalinya. Pendek kata, tak sah kalau peminat muzik tidak mengenali siapa Bieber... Sampai macam tu sekali. Album pertama penyanyi ini diterbitkan pada November 2009, manakala bahagian kedua album terbabit dikeluarkan kira-kira empat bulan kemudian. Daripada album terbabit, Bieber menguasai carta muzik dunia dengan beberapa lagu termasuk Baby, One Time, Somebody to Love, One...

3 remaja hamil lepas lari ikut kekasih

Gambar
KUALA LUMPUR: Menyedihkan apabila tiga gadis termasuk dua antaranya masih di bawah umur dikesan mengandung selepas melarikan diri kerana mengikut teman lelaki masing-masing. Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, pihaknya menerima 16 kes aduan membabitkan remaja perempuan meninggalkan rumah selepas terpedaya dengan ajakan teman lelaki yang baru dikenali melalui laman sembang, sepanjang tahun lalu. “Sebaik ibu bapa gadis terbabit membuat aduan di pejabat kami dan kemudian disiarkan akhbar, sebahagian gadis berusia antara 14 hingga 19 tahun itu kembali ke pangkuan keluarga. “Namun, tiga daripada gadis itu disahkan mengandung menyebabkan ibu bapa mereka terpaksa melaporkan kejadian itu kepada polis. Lebih mengejutkan lagi, dua daripadanya masih bawah umur begitu juga teman lelaki mereka,” katanya ketika sidang media di pejabatnya, di sini, semalam. Difahamkan, kebanyakan gadis terbabit mudah terpedaya dengan pujukan lelaki walaupun baru dikenali melalui laman sembang....

Kemenangan Ana Rafalli - Tolong Ingatkan Aku dipertikaikan

Gambar
RAMAI penonton mungkin beranggapan lagu popular seperti Hanyut nyanyian Faizal Tahir atau Cinta Sempurna (Yuna) diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kelmarin. Namun, jangkaan peminat setia Faizal meleset apabila lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Raffali diumumkan sebagai juara. Keputusan itu dianggap cukup mengejutkan kerana Ana bukan calon pilihan ramai hingga mencetuskan pertanyaan ramai. Komposer dan penyanyi M Nasir selaku ketua juri, diasak pelbagai soalan media ketika sidang media diadakan sejurus selepas majlis anugerah berakhir. Faizal yang memberi persembahan bertenaga termasuk gimik lemas di pentas, mendapat sorakan gemuruh penonton tetapi hanya berpuas hati apabila dipilih juri profesional menang Persembahan Terbaik yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000. Tentu sukar bagi Ana yang pertama kali berentap di AJL dan mencatat kejayaan besar tetapi kemenangannya dipertikaikan pu...

Jom layan movie Ngangkung 2010 Online

Gambar
Ok aku tahu ramai yang tertunggu-tunggu cerita ni kan. Bagi yang tengok wayang tu tak apa la tapi bagi aku yang duk dalam hutan ni mana mampu nak pegi tengok wayang kan. Apa yang pasti cite ni memang best sebab Shaheizy Sam belakon. Hakhakhak...Jom layan online je kat sini, dengan syarat korang ada internet. Sinopsis Ngangkung Jazmin mencadangkan Azim supaya mengikut dia dan Wan (Angah Raja Lawak) 'mengangkung'. Walaupun perkara itu tidak dipersetujui oleh isteri-isteri mereka terutamanya isteri Azim (Eira Syazira) dan isteri Taznim (Putri Mardiana) namun mereka tetap berdegil dan mengambil jalan mudah. Pelbagai peristiwa pelik dan lucu berlaku dalam usaha mereka untuk hidup senang dengan cara yang mudah. Apakah mereka berjaya mencapai impian mereka? Nantikan filem komedi seram yang pasti menghiburkan dan menakutkan anda, NGANGKUNG di pawagam 25 November 2010. "Trailer filem Ngangkung" Kalau korang rasa tak nak tengok online, korang boleh download kat link bawah ni: N...