Postingan

Menampilkan postingan dari September, 2013

17 fakta menarik tentang orang tangan kidal

Gambar
1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita. 2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi jenius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal. 3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya! 4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok dan alkohol. 5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja. 6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal ju...

(Gambar) Almy Nadia menghidap kanser mulut

Gambar
  Betul ke pelakon cantik manis Almy Nadia menghidap kanser mulut? Terkejut jugak bila melihat gambar Almy Nadia di atas. Tapi jangan bimbang. Itu hanyalah kesan khas mekap yang dibuat ke atas wajah Almy Nadia untuk sesi penggambaran drama Zikir Di Bibir. Sekali pandang macam real bukan?

Biodata Khairul Fahmi bin Che Mat (Apek)

Gambar
Biodata lengkap Khairul Fahmi bin Che Mat Nama penuh: Khairul Fahmi bin Che Mat Tarikh lahir: January 7, 1989 Tempat lahir: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia  Tinggi: 1.70 m (5 ft 7 in) Posisi: Penjaga Gol Kelab: Kelantan FA Khairul Fahmi Che Mat pada 7 Januari 1989 di Kota Bharu, Kelantan). Sangat dikenali sebagai Apek yang bermain untuk Kelan FA di dalam Liga Super Malaysia dan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Beliau mula terkenal apabila cemerlang mengawal gawang Malaysia dalam Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 (Piala AFF-Suzuki) yang menabalkan Malaysia juara edisi tersebut Latar belakang Khairul Fahmi bin Che Mat Beliau berasal dari Kampung Dusun Raja, Cherang. Merupakan anak kepada Che Mat Hussein dikenali sebagai 'Che Su'. Mula belajar di Sekolah Kebangsaan Tapang, Kota Bharu, Kelantan. Kemudian beliau menyambung pembelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor sebelum bertukar ke Sekolah Sukan Bukit Jalil, Selangor. Penglibatan  Khairul Fahmi bin Che Mat  dal...

18SX: Kepentingan mengulum zakar suami

Gambar
1. Menambah rasa cinta & sayang suami 2. Merapatkan hubungan erat & kepercayaan suami isteri. 3. Memuaskan kehendak suami ketika anda datang haid/subur. Pada ketika ini, anda tidak dapat menghadiahkan faraj anda kerana haram berbuat demikian. Maka cara yang halal dan paling menikmatkan buat suami ialah dengan mengulum zakarnya kerana tidak ada cara lain yang paling menikmatkan daripadanya. Pastikan apabila suami mencapai klimaks, air mani dipancutkan tidak dipancutkan ke mulut anda. Sebaliknya, alihkan zakar suami anda menghadap bahagian buah dada dan biarkan air maninya dipancut ke buah dada anda. 4. Apabila suami mencapai klimaks, sedangkan anda belum lagi mencapainya, zakar suami yang tadinya menegang akan menjadi lembik dan kendur. Oleh itu rangsangan perlu dilakukan terhadap zakar suami dengan pantas dan cepat untuk mengembalikan ketegangan zakar suami kerana zakar yang dibiarkan lama mengecut sukar dirangsang dan ditegangkan. Dengan mengulum, menghisap dan menjilat zakarn...

Petua untuk mengurangkan sakit gigi

Gambar
Sakit gigi memang amat menyeksakan dan pasti menganggu tugas harian kita. Apa lagi kalau berlaku di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik sudah tutup pada malam hari. Jadi terpaksalah anda menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi membelenggu anda.  Petua ini bolehlah diamalkan setiap hari bagi mengurangkan kesakitan gigi anda. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri

Tips keluarga bahagia suami isteri

Gambar
1. Sebarkan Salam. Misalnya salam apabila hendak masuk rumah, keluar rumah, menerima atau menelefon, membiasakan anak kecil untuk bersalaman dengan tetamu. 2. Membiasakan berdoa dalam setiap aktiviti misalnya doa selepas solat, doa makan, doa masuk & keluar rumah, doa masuk dan keluar tandas, doa belajar, dan doa-doa lainnya 3. Membiasakan untuk membaca Al Quran bersama. Perlu disemak apabila bacaan Al Quran didengarkan 4. Panggil-memanggil dengan panggilan yang baik, seperti Rasulullah yang memanggil isterinya Aisyah dengan panggilan humairah (yang kemerah-merahan). 5. Membiasakan solat berjemaah. Untuk laki-laki, sangat digalakkan untuk berjamaah di masjid. 6. Berolahraga rutin bersama keluarga rutin mingguan, jangan rutin bulanan atau malah tahunan. Tidak perlu jauh-jauh, yang paling utama adalah kerutinan dari olahraga tersebut. 7. Rehlah bersama keluarga. Dengan rehlah ini hubungan antara suami, istri, anak akan semakin dekat. tidak perlu yang jauh-jauh dan mahal-mahal. Sepert...

(Gambar) Tengkorak mahluk asing ditemui di Mexico

Gambar
BANDAR RAYA MEXICO – Sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah tengkorak manusia yang berbentuk lonjong dekat Kampung Onavas di Mexico, menurut akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin. Tengkorak itu dipercayai berusia 1,000 tahun dan ia kelihatan seperti gambaran watak makhluk asing dalam filem-filem keluaran Hollywood. Ia ditemui tertanam di sebuah kawasan yang mengandungi 25 rangka tulang manusia. Tengkorak tersebut mempunyai bentuk lonjong disebabkan amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico. Penduduk tersebut mengamalkan tradisi menghasilkan pelbagai bentuk kepala dengan menggunakan pelbagai kaedah. Antara kaedah itu ialah dengan menggunakan dua kepingan kayu yang diikat di bahagian kepala. Ia dilakukan ketika tengkorak tersebut masih di peringkat kanak-kanak. Seorang ahli arkeologi, Cristina Garcia Moreno berkata, tengkorak tersebut mempunyai bentuk sedemikian kerana untuk membezakan status sosial penduduk dan disebabkan upacara keagamaan. Moreno mengetuai projek penyel...

Lelaki diceraikan isteri kerana kemaluan kecil

Gambar
CHINA - Seorang wanita menceraikan lelaki yang dikahwininya empat tahun lalu kerana kemaluannya kecil. Wanita itu, kakitangan kerajaan, Zhang berkata, bekas suaminya gagal menunaikan janji untuk mengadakan seks tiga kali seminggu. Zhang, 25, menyelar suaminya, Zhou, 30, dengan berkata: “Kemaluannya begitu kecil. Serupa kanak-kanak. Hanya panjang 5 sentimeter. Kami tidak pernah mengadakan seks sepanjang perkahwinan kami,” katanya. Menurutnya, mereka berkenalan pada 2008 menerusi seorang rakan dan berkahwin lima bulan kemudian. Dia mahu mengadakan seks dengan lelaki itu sebelum berkahwin tetapi Zhou berkata, dia enggan kerana patuh pada ajaran agama. Zhang berkata, dia hanya mengetahui mengenai masalah suaminya pada malam hari perkahwinan mereka. “Dia tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Kami bergaduh sepanjang malam dan saya ada menyuruhnya berubat, tetapi dia enggan,” kata wanita itu

Khasiat yang terdapat dalam rumpai laut

Gambar
1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre(kelenjar thyroid membengkak). 2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi. 3. Kenapa sifat alkaline dalam rumpai laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, rumpai laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc. 4. Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya. 5. Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu me...

Kesan buruk hubungan seks melalui lubang dubur

Gambar
DOKTOR, saya sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata. Masalah saya, sekarang ini suami saya kerap melakukan hubungan seks melalui dubur saya. Adakah saya boleh mengandung sekiranya suami saya melepaskan air maninya ke dalam dubur saya? Apakah hukumnya melakukan seks dengan cara itu dan adakah risiko untuk saya mendapat sebarang penyakit? JAWAPAN: MENGIKUT fahaman saintifik, lubang najis ketika wanita itu masih dalam perut ibu adalah bersatu dengan salur faraj dan kemudiannya kedua-dua saluran itu terasing. Jadi tidak hairan jika terdengar yang sebilangan kecil wanita terasa lebih terangsang jika salur najisnya dirangsang dengan jari atau dengan ereksi pasangan. Hubungan liwat dianggap sebagai hubungan seksual luar tabii dan dari segi hukum undang-undang negara jika disabit kesalahan boleh dihukum. Mengikut Islam perilaku ini dilarang sama sekali kerana elemen luar tabii, haram hukumnya. Faraj direka Tuhan untuk ereksi lelaki, tempat yang sesuai untuk disa...

Bayi ditikam 90 kali selepas gigit puting payudara ibu

Gambar
Seorang bayi di China yang berusia lapan bulan ditikam sebanyak 90 kali menggunakan gunting akibat menggigit puting ibunya ketika menyusu. Xiao Bao ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh bapa saudaranya dan dikejarkan ke hospital. Bayi terselamat dan doktor terpaksa menjahit hampir sebahagian besar wajahnya dengan 100 jahitan. Ibunya kemudian mengaku telah mencucuk bayinya itu.

Kesan buruk hubungan seks semasa datang bulan

Gambar
Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj. Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai. Jika hubungan kelamin dilakukan pada waktu itu, wanita terdedah kepada air mani dan jika ada kuman perosak, tentu kuman itu mudah membiak dengan adanya sel dan tisu berkenaan. Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit. Malah, ada juga kemungkinan jangkitan terbabit merebak terus ke dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia, yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut! Hubungan seksual ketika haid juga mengundang risiko berlakunya pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan. Kajian Pusat Pengawalan ...

Black Mentor sah bergelar suami kepada Chira Khairi

Gambar
HANYA dengan sekali lafaz tepat jam 12.06 tengahari, Hanifah Md Hanafiah, 26, atau lebih dikenali sebagai Black sah bergelar suami kepada Naquia Yasirah Binti Mohammad Khairi, 28, atau Chira Khairi di Zebra Square, Kampung Pandan. Black & Chira telah diijabkabulkan oleh bapa Chira sendiri dengan mas kahwin berjumlah RM80 dan wang hantaran berjumlah RM12 ribu disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Bandaraya. Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberikan 7 dulang hantaran berupa sepasang telekung, beg tangan Chanel, minyak wangi Bvlgari, sebentuk cincin, iPad Mini, sepersalinan baju serta kasut Charles & Keith, dan juga set kosmetik Kanebo. Manakala pihak perempuan pula membalas dengan 9 dulang hantaran. Untuk pengetahuan, majlis pernikahan kedua mempelai ini telah dihadiri oleh pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat kedua buah keluarga. Majlis persandingan Black dan Chira akan diadakan di dewan komuniti Bangsar pada waktu malam berkons...

Panyanyi Leina Hangat kini tampil bertudung

Gambar
PETALING JAYA – Penyanyi Leina Hangat mengakui tidak mahu melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi selepas tekad untuk berhijab dan berubah menjadi lebih baik. Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan mahu memulakan kehidupan baru yang lebih diredhai. “Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik. “Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad. Kata Leina, dia mula berubah pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk bertudung dan menjalankan tanggungjawab kepada agama. Jelasnya, perubahan tersebut juga membuatkan dirinya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di...

Nama anak Diana Danielle dan Farid Kamil, Muhammad

Gambar
PELAKON Diana Danialle, 22, mendedahkan nama anak lelakinya yang kini berusia dua bulan sebagai Muhammad Farid Kamil. Isteri kepada pengarah dan pelakon Farid Kamil ini berkata, pemilihan nama tersebut dibuat oleh ibu mertuanya selepas dia pulang ke Malaysia beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu. “Nama anak saya Muhammad, mudah dan senang tapi kami panggil dia Sayang sahaja. “Sebenarnya nama itu dipilih oleh nenek dia dan kami juga bersetuju dengan nama itu,” katanya yang ditemui ketika menemani Farid pada Malam Gala Filem Dampak, di sini, Khamis. Diana berkata demikian ketika ditanya mengenai anaknya yang dikatakan masih menjadi rahsia dan hanya akan disiarkan melalui program eksklusif sebuah stesen televisyen swasta. Dalam pada itu, ketika diminta mengulas tentang hubungan dia dan ibunya Norsiah Ramli yang dilaporkan dingin, Diana enggan mengulas perkara tersebut. “Maaf ya, saya tidak mahu komen tentang itu, terima kasih,” katanya. Sementara itu, Diana yang masih lagi berpa...

(Gambar) Kediaman mewah Kim dan Kanye bernilai USD 11 juta

Gambar
PASANGAN Kim Kardashian, 32 dan Kanye West, 36, pastinya sudah tidak sabar untuk merasmikan kediaman baru mereka di Bel Air nanti. Apa tidaknya, pembinaan mahligai mewah itu dikatakan hampir mencecah USD 11 juta. Dengen menampilkan gaya Mediterranean, rumah tersebut turut dihiasi dengan tandas bersalut emas dan enam buah tilam mewah. Ternyata kualiti dan kemewahan menjadi perkara utama yang dititikberatkan oleh Kanye bagi memastikan kesempurnaan hidup Kim dan bayi mereka, North. Sementera menantikan kediaman itu siap nanti, terpaksalah keluarga baru ini bersabar menghadapi kerenah Kris Jenner. Nama pun menumpang kan? - mynewshub

Mesut Ozil bantu Arsenal menang 3-2 ke atas Sunderland

Gambar
Arsenal dan Tottenham melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing untuk kini mengumpul 9 mata selepas 4 perlawanan, memintas pendahulu sebelum ini, Liverpool yang tidak turun beraksi. Biarpun sama 9 mata, Liverpool kurang dari segi perbezaan gol dan hanya boleh memintas semula kedudukan teratas jika mereka berjaya menewaskan Swansea, jam 3 pagi Selasa ini. Malam tadi, Arsenal berjaya menewaskan Sunderland 3-1 di gelanggang lawan menerusi dua jaringan Aaron Ramsey minit ke-67 dan 76. Terdahulu Olivier Giroud meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-11 sebelum Sunderland menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti Craig Gardner minit ke-48. Tottenham pula meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Norwich 2-0 di laman sendiri menerusi dua jaringan Gylfi Sigurdsson minit ke-28 dan 49. Manchester City di tangga ketiga selepas sekadar seri 0-0 dengan Stoke di tempat lawan manakala juara bertahan, Manchester United naik ke tan...

Hanya mampu baring kerana payudara terlalu besar

Gambar
IBU kepada empat orang anak telah hanya terbaring di katilnya selama enam bulan kerana buah dadanya yang terlalu besar. Payudara Julia Manihuari mula membesar hingga ke saiz N selepas kelahiran anak lelaki ketiganya tujuh tahun yang lalu – menyebabkan ia tidak dapat bergerak bebas. Wanita 29 tahun ini berkata: “Ia sangat siksa. Jika saya cuba membangunkan diri saya akan menjadi lemah dan terasa akan pitam kerana payudara saya sungguh berat.” Isteri seorang petani kecil yang tinggal di Peru utara, akhirnya dapat dibantu apabila media tempatan membayarkan tambang untuk satu perjalanan bot selama tiga hari untuk ke bandar terdekat bagi mendapatkan bantuan perubatan. Doktor yang mendiagnosisnya mendapati wanita malang ini mengalami Bilateral Gynecomastia – satu penyakit di mana kelenjar susunya terus membesar. Mereka terpaksa membuang 15kg lebih daripada daging payudara Julia kerana ia berkemungkinan boleh menghempap paru-paru lalu membunuhnya. Julia muncul semula dengan payudara bersaiz c...

Gareth Bale jaring gol pertama bersama Real Madrid

Gambar
MADRID – Gareth Bale melakukan permulaan yang sensasi apabila menjaringkan gol untuk kelab barunya, Real Madrid ketika bertanding ke Villarreal meskipun seri 2-2 dalam aksi La Liga, awal pagi tadi. Pemain dari Wales yang menandatangani kontrak enam tahun dengan nilai sekitar AS$124 juta (94 juta euro) awal bulan ini, merembat kencang selepas mendapat bola hantaran lintang Dani Carvajal pada minit ke-38. Jaringannya bagi membolehkan Real menyamakan kedudukan selepas tuan rumah memperoleh gol awal menerusi Cani pada minit ke-20. Bale turun dengan harapan yang tinggi diletakkan jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti yang digandingkan di bahagian serangan bersama Cristiano Ronaldo di sebelah kiri. Madrid kemudian mendahului pada minit ke-63 menerusi jaringan Ronaldo namun Villarreal menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Dos Santos. – AFP

Pelajar sekolah dirogol tujuh lelaki

Gambar
Pontianak – Polis semalam menangkap beberapa lelaki yang dipercayai merogol seorang pelajar berusia 16 tahun secara bergilir-gilir. Jurucakap polis, Edy berkata, pelajar sekolah menengah atas itu diperkosa enam lelaki dan seorang remaja di Kota Mempawah, Kalimantan Barat selepas diperdaya oleh seorang remaja, rakan rapatnya yang turut menjadi suspek dalam jenayah itu. “Suspek membawa mangsa dengan motosikal ke kawasan gelap dan sunyi. Di situ, enam remaja lain menunggu. “Mereka menekap mulut mangsa sebelum merogolnya bergilir-gilir.” kata Edy. Gadis itu kemudian ditinggal di tempat kejadian dengan keadaan separuh bogel. sebelum ditemui beberapa penduduk kampung. Polis percaya kejadian itu dirancang Polis berjaya menahan sebahagian daripada suspek kes rogol berkenaan. – Agensi

Miss World Uzbekistan penipu?

Gambar
Jakarta – Pertandingan ratu cantik Miss World 2013 di Indonesia menjadi kontroversi dengan penyertaan seorang gadis misteri, yang menyamar sebagai Miss Uzbekistan. Tiada siapa yang mengenali Rakhima Ganieva, 18, malah negaranya sendiri tidak mengiktiraf penyertaannya kerana Uzbekistan, iaitu sebuah negara Islam tidak pernah menganjurkan pertandingan ratu cantik. Di sebalik portfolionya, tiada siapa yang tahu siapa dia sebenarnya, malah Jawatankuasa Kebangsaan Mengenai Wanita Uzbekistan memaklumkan bahawa sesiapa yang mengaku dirinya adalah Miss Uzbekistan, maka dia adalah penipu. Tiada siapa yang tahu bagaimana Ganieva memasuki pertandingan itu di Indonesia. Wakil penganjurkan Miss World di London sendiri tidak dapat memberikan penjelasan. Ganieva sebelum ini mengaku bahawa dia berasal dari Tashkent dan turut memuat naik gambar dia bersama Miss Georgia, Miss Russia dan Miss Ukraine ketika mereka bersiap sedia untuk acara kemuncak Miss World 2013 pada 28 September ini. Dalam pada itu, a...

Lelaki ini lakukan seks dengan anjing dan kuda

Gambar
London – Pada April lalu, polis Britain menangkap seorang lelaki kerana kesalahan mencuri. Bagaimanapun, siasatan yang dilakukan menemui jenayah lain yang lebih mengejutkan. Polis menahan Graham Redfearn, 41, kerana disyaki memecah masuk sebuah kediaman dan mencuri. Apabila menggeledah rumah suspek, mereka menemui rakaman video lucah lelaki terbabit, menunjukkan dia yang melakukan seks dengan seekor kuda, manakala dalam satu lagi rakaman menunjukkan dia melakukan seks dengan dua ekor anjing. Redfearn memberitahu polis dia hanya menjalankan “eksperimen” dengan berbaring di atas katil, manakala selebihnya dilakukan anjing itu,” lapor akhbar Metro UK. Menurut Shropshire Star, polis percaya Redfearn ingin berkongsi video itu dengan orang lain. Dia mengaku bersalah terhadap dakwaan aktiviti seksual bersama kuda dan anjing, selain dua lagi tuduhan menghasilkan imej lucah melampau. Redfearn turut memuat turun status di Facebook mengatakan dia tidak sabar untuk “bekerja” dengan kuda dan pernah...

Anggota polis bunuh diri selepas tembak isteri, bapa mertua

Gambar
LEDANG – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal menembak mati isteri dan bapa mertuanya sebelum menembak diri sendiri dalam kejadian di Felda Chempelak, Labis dan di Kampung Padang Lerek 1, di sini Sabtu malam. Isteri suspek berusia 26 tahun itu merupakan seorang kerani sekolah di Bandar Tangkak di sini manakala bapanya seorang iman di Kampung Padang Lerek 1, di sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam, anggota polis itu dikatakan terlebih dahulu menembak isterinya di kuarters Pondok Polis Felda Chempelak di Labis, Segamat sebelum pergi ke rumah bapa mertuanya di Kampung Padang Lerek 1 yang terletak hampir 90 kilometer. Suspek, 28 tahun, dikatakan mencari ibu mertua tetapi gagal dan terserempak dengan bapa mertuanya yang ketika itu sedang bersiap-siap hendak ke masjid lalu menembaknya. Suspek kemudian bertindak menembak diri sendiri dan rebah serta meninggal dunia di rumah bapa mertua, manakala bapa mertua yang cedera parah akibat terkena tembakan dikejarkan ke Hospital D...

Lelaki ditembak mati ala geng mafia di Georgetown

Gambar
GEORGETOWN – Seorang lelaki ditembak mati ala geng mafia selepas berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson di sini. Dia ditembak mati dari jarak dekat pada kira-kira pukul 11.50 pagi Khamis Menurut Ketua Polis Daerah Georgetown Asisten Komisioner Gan Kong Meng, si mati berketurunan India, berusia 37 tahun dan tinggal di Air Itam, Pulau Pinang. Dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes narkotik. Ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta mewah BMW dengan nombor pendaftaran KUala Lumpur, walaupun kereta tersebut dikhabarkan dipinjam daripada seorang rakan. Difahamkan penembak melepaskan lebih daripada 15 das tembakan kerana berbilang kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian. Gan mengesahkan mangsa ditembak sebanyak 14 kali dan kebanyakannya di kepala. Ahli patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh turut berada di tempat kejadian. – mStar

(Video) Marsha tampil aksi berkemban dalam filem Laga

Gambar
Bagaikan satu fenomena biasa dewasa ini apabila daya tarikan untuk memaksa penonton ke panggung acapkali disogokkan dengan menampilkan wanita seksi dan mengghairahkan. Terbaru melalui sebuah trailer awal yang dihidangkan oleh Syarikat Penerbit iaitu Business Leader Film Production (M) Sdn. Bhd melalui trailer Laga, menampilkan Marsha Milan Londoh dalam keadaan yang mengghairahkan, berkemban. Filem yang menjalani pengambaran sekitar Taiping, Perak ini menampilkan Marsha sebagai pelakon utama dan turut disertai oleh Nasir Bilal Khan, Eman Manan dan beberapa nama besar yang lain. Apakah impak awal dengan menjadikan watak Marsha sebagai simbol seks mampu memberi keuntungan yang maksima buat filem kedua hasil arahan pengarahnya iaitu Ismail Yaa’cob? Hal ini pasti menjadi satu cabaran yang hebat buat pengarah ini apatah lagi tiada nama-nama komersial di dalam filem arahannya kali ini. “Saya tahu penerimaan penonton terhadap filem tempatan kini semakin merosot dan situasi ini tidak boleh kita...

Sepasang kekasih lakukan hubungan seks dalam keretapi

Gambar
Sepasang pasangan kekasih Taiwan telah dirakam melakukan seks dalam keretapi yang bergerak menuju ke Taitong pada Sabtu petang yang lepas lapor China Times. Individu yang memuat naik gambar tersebut memaklumkan pasangan tersebut langsung tidak mempedulikan penumpang lain. Dan lebih menjijikkan , seluar panjang lelaki dan seluar dalamnya sudah dilondehkan pada paras buku lali tanpa segan silu menyembunyikan perbuatannya. Pihak polis menahan pasangan tersebut untuk disoal siasat di stesen keretapi Taitong. Pihak polis mendakwa pasangan ini mempunyai masalah mental.

Rozita Che Wan persoal tindakan peminat

Gambar
PETALING JAYA – Pelakon Rozita Che Wan mempertikaikan tindakan seorang peminatnya (bukan dalam gambar) yang menyebarkan cerita palsu di laman Instagram kononnya dia dan Zain Saidin melangsungkan majlis pertunangan pada Hari Raya ketiga lalu. Berita Harian melaporkan Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 42, mengakui menyedari kehadiran pemuda tersebut pada majlis rumah terbuka di Alor Setar, Kedah baru-baru ini. “Saya tidak pasti apa motif dia berbuat demikian, sedangkan wajah saya tiada dalam gambar yang dimuat naik. “Dalam gambar itu, peminat terbabit hanya bergambar dengan Zain dan adik saya , Ayu Raudhah. Apa ayang peliknya dia berani meletakkan hashtag #MajlisPertunanganRozitaCheWandanZainSaidin yang mencetuskan spekulasi,” katanya. Bagaimanapun, Rozita berkata, dia tidak terkejut dengan perkara itu kerana kerana memang tiada sebarang majlis pertuangan diadakan. “Saya rasa umum tahu bahawa kami memang tidak merancang untuk bertunang sebaliknya mahu bernikah sahaja. “Mungki...

(Gambar) Tetek besar Lana Nordin jadi perhatian ramai

Gambar
DIALAH antara artis paling seksi di Malaysia. Sekalipun hanya berkemeja-T, ia sudah cukup membuatkan mata lelaki berpaling ke arahnya kerana gaya nakal dan susuk tubuh yang menggiurkan. Begitulah pelakon yang pernah digelar ‘Pamela Anderson Malaysia’. Apa yang menarik, artis itu yang meminta agar ejaan nama komersial dirinya diperbetulkan iaitu Lana Nodin dan bukannya ‘Lana Nordin’, tidak pernah menganggap imej seksi sebagai bonus atau platform pintas untuk menjadi popular sehingga dijolok sebagai ‘Pamela Anderson Malaysia’. “Ada orang cakap saya perasan, menggelarkan diri sebagai ‘Pamela Anderson Malaysia’. Walhal gelaran itu dicetuskan oleh kawan-kawan wartawan hiburan yang menulis cerita saya sebelum ini. “Cuma saya tidak pernah marah kerana faham pemilihan sesuatu tajuk yang menangkap sebagai strategi pemasaran. Apa yang pasti, gelaran itu bukan kerana saya ghairah atau berangan hendak jadi macam bintang Playboy itu. “Walaupun saya tidak nampak di mana persamaan saya dengan Pamela ...

(Gambar) Lelaki ini diberkas suka buka kancing bra wanita

Gambar
SEORANG lelaki akhirnya berjaya diberkas di sebuah stesen keretapi bawah tanah di Shanghai kerana ‘kegemarannya’ membuka kancing bra penumpang wanita. Siasatan lanjut mendapati lelaki itu berbuat demikian bagi membalas dendam terhadap golongan Hawa. Entah apalah yang dia dendam sangat sampai jadi macam tu. Selalunya dia terlepas tetapi tidak pada 22 Julai lalu. Semuanya terjadi bila lelaki yang dikenali sebagai Yang ini dilihat bertengkar dengan seorang wanita berumur 29 tahun di stesen tersebut. Wanita itu mendakwa Yang cuba membuka kancing branya. Insiden itu menarik perhatian ramai yang berada di stesen berkenaan, lalu sepasukan polis datang dan menahan lelaki itu. Namun ada saksi yang mengatakan Yang berbuat demikian kerana terlalu marah dengan tindakan wanita tersebut menolaknya sewaktu hendak masuk ke dalam keretapi. Persoalannya, kalau betul sekali pun, apa kejadahnya dia buat perangai tak senonoh macam tu??? Macam-macam hal…ada juga manusia yang perangai macam ni! - mynewshub