Perlu ke Aku beli domain?

Aku sebenarnya dah mengantuk ni. Nak update entry pun rasa malas je apatah lagi nak blogwalking. Sory ye sumenya. Ni suma pasal Liyana Jasmay yang suka pakai legging tu la. Sekarang tak pasal-pasal aku dah dapat backlink dari 2 orang blogger ni iaitu Matahari dan Cik Liya ni. Mekaceh banyak la yerk.
Alhamdulillah walaupun aku baru wat blog ni malam tadi, then selepas sehari aku blogwalking dapatkan la pelawat siket2. Mekacah gak pada sesape yang datang jenguk jamban buruk aku ni yerk. Alhamdulillah follower dah nak masuk angka ke-30 dah. Aku bercadang nak buat satu entry untuk aku letak link followers ni tapi nak wat macamana gajah dah bermastautin kat atas mata aku ni. Esok pagi je la ek.
Aku rasa korang dah tahu kan kenapa aku wujudkan post ni? Sebabnya aku duk berkira-kira nak beli domain ni. Korang rasa perlu tak aku beli domain .com pastu aku nak guna je hosting blogspot ni? Tolong bagi pendapat sket yerk. Aku dah survey harga domain kat NameDeal ni, harga pun murah je. RM29 setahun takkan tak bleh dapat dari nuffnang kan. Sebab tu la nak tanya pendapat korang macamana.

Sebelum aku tutup entry ni, cuba korang tengok kat menu sebelah atas tu ada tertera 'Sejuta Pelawat' kan? Haaaaa....Itulah projek terbaru aku untuk bantu sesama blogger dapatkan traffic yang tinggi ke blog. Tunggu je la entry pasal tu esok yerk. Aku kena siapkan banner blog dulu. Papehal aku harap korang jangan la 'mimpi basah' malam ni yerk. Kahkahkah...
Nota Dahi: Pesanan untuk para isteri, pakailah legging time macam ni supaya dapat ambil hati suami yerk. Jangan sampai suami syok kat amah pulak sudah la...hakhakhak...Selamat malam sume.
Komentar
Posting Komentar