Bas 2 tingkat tidak sesuai perjalanan jauh

PETALING JAYA: “Cadangan memperkenalkan lesen memandu khas bagi bas dua tingkat dan high decker tidak praktikal,” kata Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU), Datuk Zainal Rampak.

Sebaliknya beliau berkata, sepatutnya bas berkenaan tidak boleh digunakan sebagai bas perjalanan jauh di negara ini kerana bentuk muka bumi yang tidak sesuai seperti berbukit-bukau.

“Bas jenis itu hanya sesuai digunakan sebagai bas dalam bandar kerana jika dipandu mendaki bukit tinggi akan mengganggu keseimbangan bas lebih-lebih lagi ketika dipenuhi penumpang dan akan membahayakan semua yang berada dalam bas.

“Saya berpendapat syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan bas dua tingkat ini hanya ingin mengaut keuntungan kerana bas jenis itu mampu memuatkan lebih ramai penumpang sedangkan ia tidak sesuai digunakan untuk perjalanan jauh,” katanya ketika ditemui di pejabat TWU di sini, semalam.

Justeru, Zainal mencadangkan supaya penggunaan bas dua tingkat sebagai bas perjalanan jauh di negara ini diharamkan untuk mengelakkan lebih banyak kemalangan maut.

Beliau mengulas cadangan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) supaya kerajaan menimbangkan lesen khas bagi bas dua tingkat seperti lesen lori di negara ini bagi mengurangkan kemalangan maut berpunca daripada kekurangan kemahiran pemandu. Sementara itu, Zainal mendakwa alat ganti tiruan kini antara faktor utama kemalangan membabitkan bas ekspres di negara ini, malah ia sudah lama berlaku.

“Penggunaan alat ganti seperti itu sudah berleluasa di kalangan syarikat bas kerana ia lebih menjimatkan kos selain mudah didapati,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Aku memang cukup tak setuju kalau guna bas 2 tingkat untuk jalan jauh. Kalau bas yang biasa tu pun kentut lawas tak lawas je inikan pula bas 2 tingkat yang sememangnya semperit. Boleh kena sembelit aku rasa. Hakhakhak...Bas yang aku paling prefer ialah Adik-Beradik dan Sani Express. 2 bas ni memang selesa. Tapi AWAS! Tolong jangan kentut dalam bas berkenaan kerana dikhuatiri kentut anda boleh menjejaskan prestasi enjin bas berkenaan. Kahkahkah...Transnasional pun boleh la tapi agak season sedikit.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Senarai frekuensi radio seluruh Malaysia: radio online

Betul ke Maher Zain mungkir janji?

Juara dunia melancap (onani) selama hampir 10 jam!