Apa Istimewa Sangat Cicak Tokek?

Seekor cicak Tokek @ (Tokey Gecko) seberat 5kg telahpun berjaya dijual dengan nilai RM11 JUTA. Pergghhh...berpeluh betis aku dengar nilai RM11 Juta tu. Jual sekor cicak pun dah jadi jutawan. Apa yang istimewa sangat cicak Tokek ni sampai harga veliau mencecah jutaan ringgit. Aku pun konpius.

So tanpa membuang peluh kat betis, aku pun pergi la menuntut dengan Pak Cik Google kot-kot dia tau tentang cicak Tokek ni. Dan hasilnya ini yang aku dapat:

"TOKEK adalah sejenis reptil kecil untuk penyebutan lain dari “Cecak” yang berukuran besar. Tokek, merupakan cecak besar, berkepala besar, berkulit kasar dengan bentuk bintil besar-besar. Pada umumnya berwarna dasar abu-abu kebiruan atau abu-abu kehijauan dan ada yang agak kecoklat-coklatan dengan bintik-bintik berwarna merah bata atau bintik-bintik kekuning-kuningan. Bentuk pangkal ekor ada yang membulat dan ada yang berbentuk persegi, kebagian ujung akan bulat memanjang. Bagian ekor berwarna belang-belang dengan beberapa baris bintil-bintil berwarna sesuai warna bagian tubuh lainnya. Tokek juga ada yang berwarna putih susu atau kuning polos (albino), bahkan ada yang berwarna dasar hitam polos atau belang hitam putih."

Info selebihnya baca disini: Tokey Gecko

Korang ingat bela cicak Tokek ni takde pantang larang? Amek ko:
1. Jangan gunakan sangkar yang diperbuat dari besi atau kaca (aquarium). Tokek lebih suka hidup didalam sangkar kayu atau buluh, sebab paling dekat dengan alam semulajadinya. Tokek akan lebih cepat sesuaikan dirinya, dan tidak stress.
2. Jangan gunakan sangkar yang terlalu besar, tokek akan cepat stress. Cukuplah hanya sekadar sedikit ruang untuk tokek bermain, masukkan buluh kedalam sangkarnya untuk tempat dia bersembunyi apabila rasa terancam oleh bunyi bising atau orang ramai.
3. Tokek adalah binatang yang sangat bersih dan tidak suka sangkarnya kotor. Ia akan membuang najis di tempat yang sama setiap hari.
4. Jauhkan sangkarnya dari tempat yang terlalu terang, sebaiknya tutup sangkarnya dengan jarring hitam seperti yang selalu digunakan di nursery (kedai pokok bunga).
5. Jauhkan dari tempat yang selalu berasap.
6. Jauhkan dari bunyi bising anak-anak jika anda membelanya di kediaman anda.
7. Cahaya terang, asap, bunyi orang bercakap atau menjerit, bunyi radio, akan membuat tokek belaan anda stress dan akan melambatkan penambahan berat dan pembesarannya walaupun pemakanannya terjaga.
8. Jangan sesekali berbincang tentang harga tokek dihadapannya, kerana ia akan bunuh diri atau mati maka anda akan kerugian besar. Bunyinya macam pelik tetapi percayalah kerana telah terbukti oleh banyak kes yang telah berlaku, bukan sahaja di Malaysia tetapi di Negara-negara lain juga.
Credits to: Cicak Tokek

Nota Dahi: Aku memang tak bleh blah ngan pantang larang No.8 tu. Boleh plak cicak Tokek nak bunuh diri eh. Konpius aku. Kehkehkeh...

"Cicak Tokek ni dikatakan seberat 64 kilogram. Korang bayangkan berapa boleh dapat kalau jual. Harus boleh beli rumah macam Roman Ibrahimovich ni."


"Perghhh...kalau wat tokek celup tepung best gak ni..."


"Naik juling aku tengok harga tokek ni. Mengalahkan harga tenggiling peliharaan aku..."


Nota Anak Dahi: Jom sama-sama g cari tokek ni. Mane la tau kot-kot jumpa sekor jadi la.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Senarai frekuensi radio seluruh Malaysia: radio online

Betul ke Maher Zain mungkir janji?

Juara dunia melancap (onani) selama hampir 10 jam!